8 Tips Penting Membantu Anda Menjadi Ibu Bapa Terbaik
Sangat besar peranan dan tanggungjawab ibu bapa apabila sudah memiliki zuriat sendiri. Bahkan anak-anak itu juga adalah amanah yang Allah turunkan sebagai anugerah dan sekaligus sebagai ujian.
Setiap ibu bapa sangat berperanan penting dalam memberi didikan sempurna kepada anak-anak. Bahkan siapa anak itu apabila dewasa nanti sangat mempengaruhi ajaran yang diberikan oleh ibu bapanya.
Sangat besar peranan dan tanggungjawab ibu bapa apabila sudah memiliki zuriat sendiri. Bahkan anak-anak itu juga adalah amanah yang Allah turunkan sebagai anugerah dan sekaligus sebagai ujian.
Namun, bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang baik itu?
Terdapat beberapa cadangan dalam menjadikan pasangan ibu bapa sebagai ibu bapa yang baik dalam mendidik anak-anak, iaitu;
#1 – Berilmu Dan Berpengetahuan
Berilmu pengetahuan adalah mempunyai ilmu dalam proses mendidik anak-anak. Ini tidak semestinya mempunyai gelaran Ijazah atau Doktor Falsafah, tetapi wajib berpengetahuan dalam asas pendidikan awal kanak-kanak.
Dengan adanya ilmu ini membantu ibu bapa membesarkan anak-anak dengan baik. Ilmu itu pula boleh didapati dalam pelbagai cara iaitu dengan belajar dari orang yang lebih tua, internet, membaca kursus dan sebagainya.
#2 – Cerdas Dan Rajin
Seorang ibu dan bapa mestilah seorang yang cerdas, tangkas, serta laju melakukan apa-apa saja.
Satu hal lagi mestilah rajin! Ini kerana dalam membesarkan anak-anak ibu dan bapa ada 1001 tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan setiap hari malah setiap saat.
Jadi, jika ibu bapa lalai dengan tanggungjawab itu, siapa lagi yang akan menyelesaikannya?
Golongan ibu pula, jangan menyerahkan setiap tugas anda kepada pembantu rumah sahaja, ini kerana mengasuh anak itu adalah tugas hakiki dan utama untuk ibu seperti anda.
#3 – Besedia Untuk Berkorban
Sikap rela dan bersedia untuk berkorban demi keluarga mesti ada bagi setiap pasangan untuk menjamin keharmonian keluarga tersebut.
Dalam hal ini, ego sangat perlu diturunkan dan tolak ansur juga mesti diamalkan. Hal ini sangat penting ketika berhadapan dengan anak-anak. Dengan itu sikap harmoni ini akan menjadi contoh baik sepanjang pembesaran anak-anak.
#4 – Tidak Mudah Marah
Sebagai ibu bapa yang meletakkan tujuan utama untuk mendidik, jangan terlalu mudah menyalahkan anak-anaknya. Sekiranya anak melakukan kesalahan tegurlah dahulu, berikan nasihat dan nyatakan kesan daripada kesilapannya itu.
Selain itu kenal pasti sebab dan punca dia melakukan kesalahan itu, pesankan padanya agar jangan melakukan kesalahan itu lagi. Kadang-kadang mereka melakukan kesalahan itu tanpa sengaja dan adakalanya mereka tidak tahu bahawa tindakan mereka itu adalah satu kesalahan.
Marah itu bukan tidak boleh, tapi pada masa yang perlu dan untuk kesalahan yang lebih sesuai. Marah juga ada tahapnya dan tidak perlu sehingga tahap memukul dan mencedera.
#5 – Penasihat Dan Pemberi Semaagat
Ibu bapa adalah orang yang paling banyak masanya dengan anak-anak, berbanding kawan-kawan dan masa di sekolah. Bahkan ibu bapa juga adalah orang yang paling rapat dengan anak-anak.
Dengan itu ibu bapa adalah orang yang sangat sesuai untuk menjadi contoh kepada anak-anak sama ada sebagai idola ataupun ikutan buruk anak-anak mereka.
Oleh itu, ibu bapa mestilah menunjukkan contoh yang baik seperti tidak bercakap bohong di hadapan anak-anak, tidak berperangai buruk dan melakukan apa-apa sikap negatif lain. Tunjukkanlah sikap yang baik dan terpuji terutamanya ketika anak-anak masih kecil.
#6 – Menjadi Peneman Anak-Anak
Untuk menjadi ibu bapa yang baik juga, haruslah menjadi peneman yang baik bagi anak-anak. Selamilah hati mereka dengan memahami perasaan mereka.
Bukan hanya mendengar sahaja, tetapi turut menyatakan pendapat dan memberi nasihat yang bersesuaian.
Luangkanlah waktu untuk bermain bersama-sama mereka. Anak-anak sangat memerlukan perhatian ibu-bapa mereka terutama ibu, jadi janganlah abaikan anak-anak walaupun kedua-dua ibu bapa sibuk dengan kerjaya.
Ini kerana kesan daripada pengabaian itu boleh menjuruskan kepada banyak perkara buruk yang lain. Setiap peringkat umur anak-anak ada layanan sendiri yang bersesuaian.
#7 – Bersikap Tegas
Sesekali bersikaplah tegas terhadap anak-anak. Tegas tidak semestinya memukul dan mencederakan tetapi seolah menyatakan kepada mereka bahawa kita tidak bersetuju dengan sesuatu tindakan itu. Dan, tujuannya supaya mereka tidak mengulangi semula kesilapan itu.
Bahkan marah itu sebanarnya boleh ditonjolkkan dengan mimik wajah sahaja, tidak perlu menengking anak hanya kerana untuk memahamkan mereka. Gunalah bahasa dan perbuatan yang baik dalam pembelajaran kepada anak-anak, jauhi makian dan perkataan kesat.
#8 – Memuji Dan Menunjukkan Sayang
Selalulah tunjukkan sayang pada anak-anak dengan perbuatan dan kata-kata. Peluklah mereka saat mereka sedih dan tidak bersemangat. Berilah kata-kata pujian sekiranya mereka berjaya melakukan sesuatu kejayaan.
Anak akan berasa sangat dihargai apabila mendapat pujian dan perhatian daripada ibu bapanya. Luangkan masa untuk melihat persembahan mereka di sekolah, hadirkan diri di setiap kegiatan yang mereka sertai sebagai menyatakan sokongan dan dorongan.
Setiap ibu bapa mengharapkan anak yang boleh berdoa kepada mereka apabila mereka tiada kelak, iaitu anak yang soleh dan solehah. Putihnya kain itu, ibu dan bapalah yang mencoraknya.
Selain daripada cadangan yang diberikan, ibu bapa jangan lupa untuk berdoa agar dikurniakan anak-anak penyejuk di mata dan penenang di hati. Lebih-lebih lagi doa ibu yang lebih dekat dengan Allah SWT.
CC:RABIATUL ADAWEEYAH Tazkirah.Net
Artikel terbaik lainnya:
Belum Komen Lagi Untuk " "
Catat Ulasan